Monday 27 May 2013

Pengecualian pembayaran balik PTPTN


BERIKUT MERUPAKAN SYRAT-SYARAT DAN KAEDAH PENGECUALIAN PEMBAYARAN BALIK PTPTN

Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman/Pembiayaan Bagi Peminjam Yang Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Kelas Pertama
  • Penerima biaya mendapat kepujian kelas pertama bagi Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya.
  • Syarat-syarat kelulusan serta dokumen sokongan bagi pengecualian bayaran balik seperti di Jadual 6.

Jadual 6: Syarat Dan Kaedah Kelulusan Pengecualian Bayaran Balik Pembiayaan Pendidikan PTPTN
Kelulusan Tajaan Pinjaman Pendidikan Sebelum 1 Julai 2005
Tamat Pengajian Sebelum Tahun 2010
Tamat Pengajian mulai 1 Januari 2010
Terbuka kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS peringkat Ijazah Sarjana Muda yang mendapat keputusan Kepujian Kelas Pertama (bagi pelajar IPTS - terhad kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus yang mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA).

Dokumen-dokumen yang perlu disertakan:

(i) Surat permohonan rasmi.

(ii) Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya.

(iii) Salinan transkrip akademik.

(iv) Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah).

(v) Salinan Sijil Perakuan Akreditasi oleh MQA diperlukan jika kelulusan pemohon adalah daripada IPTS.

Nota:

Semua salinan dokumen dan surat pengesahan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di Bahagian Akademik IPT berkenaan sahaja.
Pelajar-pelajar yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya sebelum 1 Januari 2010 berdasarkan kelulusan senat dan memenuhi syarat-syarat berikut:

(i) Mengikuti kursus secara sepenuh masa.

(ii) Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam dokumen perjanjian pembiayaan pendidikan PTPTN.

(iii) Pembiayaan pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.

(iv) Pelajar hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada PTPTN sebelum atau pada 30 Jun 2013

(v) Kursus yang diikuti oleh pelajar di IPTS telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.

Dokumen-dokumen yang perlu disertakan:

(i) Surat permohonan rasmi.

(ii) Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan.

(iii) Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan.

(iv) Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah).

(v) Akuan Pelajar yang telah lengkap diisi (boleh dimuat turun di portal rasmi PTPTN).

(vi) Bagi pelajar IPTS, salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.

Nota:

Semua salinan dokumen dan surat pengesahan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di Bahagian Akademik IPT berkenaan sahaja.
Pelajar-pelajar yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya bermula 1 Januari 2010 berdasarkan kelulusan senat dan memenuhi syarat-syarat berikut:

(i) Mengikuti kursus secara sepenuh masa.

(ii) Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam dokumen perjanjian pembiayaan pendidikan PTPTN.

(iii) Pembiayaan pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.

(iv) Pelajar hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada PTPTN dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.

(v) Kursus yang diikuti oleh pelajar di IPTS telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.

Dokumen-dokumen yang perlu disertakan:

(i) Surat permohonan rasmi.

(ii) Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan.

(iii) Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan.

(iv) Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah).

(v) Akuan Pelajar yang telah lengkap diisi (boleh dimuat turun di portal rasmi PTPTN).

(vi) Bagi pelajar IPTS, salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.

Nota:

Semua salinan dokumen dan surat pengesahan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di Bahagian Akademik IPT berkenaan sahaja.

0 comments:

Post a Comment