Friday, 14 June 2013

KEHIDUPAN








ANTARA REALITI KEHIDUPAN MAHASISWA DAN INDIVIDU

Semua ini sebagai gambar hiasan untuk sahaja. Tiada kenamengena antara yang hidup dan yang telah meninggal dunia.

PEMAKANAN SIHAT UNTUK REMAJA

APABILA anda membeli-belah di pasar raya, anda dapat melihat pelbagai jenis produk makanan yang mengandungi khasiat semula jadi, diperkaya atau lain-lain makanan alternatif yang menyihatkan.

Pengeluar makanan telah membuat pelaburan yang tinggi untuk mengukuhkan nilai pemakanan produk mereka. Malah, restoran mamak juga turut menawarkan versi ‘kurang manis’ untuk minuman kegemaran kita!

Industri makanan sudah memulakan trend baru bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap keperluan pengguna yang prihatin terhadap kesihatan mereka.

Walaupun ini adalah satu perubahan yang baik, keperluan terhadap pasaran remaja perlu juga diambil perhatian. Dengan kuasa membeli dan kebebasan yang dimiliki, para remaja kini membuat pilihan mereka sendiri apa yang perlu dibeli atau dimakan.

Malangnya, pilihan yang dilakukan kebiasaannya terdiri daripada diet tinggi kalori, lemak tepu dan trans, gula dan garam halus. Pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kalsium pula lebih kurang.

Masalah remaja 

Kesan pemilihan makanan yang tidak sihat dan tabiat makan yang buruk dapat dilihat di seluruh dunia. Di mana-mana sahaja, terdapat sebilangan remaja yang mengalami masalah malnutrisi/kekurangan zat makanan yang teruk.

Sama ada terlebih atau kurang khasiat pemakanan. Perkara ini boleh menyebabkan penyakit yang mampu menjejaskan kualiti kehidupan mereka dan, dalam kes-kes yang lebih teruk, mengancam nyawa.

Menurut Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Dr. Tee E Siong, keadaan di Malaysia juga agak runcing.

“Remaja-remaja Malaysia mengalami masalah berat badan yang berlebihan dan obesiti kesan daripada diet yang buruk serta kurang menjalani aktiviti fizikal. Ini boleh menyebabkan risiko penyakit seperti diabetes jenis 2, penyakit jantung dan strok,” jelas beliau.

Sementara itu, Dr. Poh Bee Koon, Profesor Madya di Jabatan Pemakanan & Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia merangkap ahli majlis Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO), turut bersetuju dengan kenyataan ini.

"21.4 peratus remaja di kawasan bandar dan 16 peratus di kawasan luar bandar menghadapi masalah berat badan berlebihan. Hakikatnya, sebanyak 6 peratus remaja telah dimasukkan ke hospital disebabkan oleh diabetes dan angka ini semakin meningkat,” kata beliau.

Dan ia bukan sahaja masalah khasiat pemakanan yang berlebihan.

“Zaman remaja adalah satu tempoh pertumbuhan yang pesat di mana keperluan pemakanan adalah amat penting. Kegagalan untuk memenuhi keperluan ini akan menyebabkan kekurangan zat pemakanan, dan kebanyakannya adalah kalsium dan zat besi.

“Kajian tempatan yang telah dijalankan menunjukkan lebih dari 70 peratus di kalangan remaja mungkin tidak mengambil makanan yang kaya dengan kalsium secukupnya. Tambahan pula, 22 peratus remaja luar bandar telah dilaporkan mengalami anemik,” jelas Teng Yu Yuet, Ketua Pakar Diet di Pusat Perubatan Sunway yang juga Penolong Setiausaha (Kehormat), Persatuan Dietetik Malaysia.

Walaupun industri makanan telah membuat pilihan yang tepat, namun persoalannya ialah, adakah usaha kita mencukupi? Atau lebih tepat lagi, apakah yang perlu kita lakukan lagi?

Apa yang boleh dilakukan oleh pengeluar makanan?

Inovasi produk-produk lebih menyihatkan

Mulakan penyelidikan dan aktiviti pembangunan bagi mewujudkan produk-produk baru atau membangunkan semula produk asal dengan meningkatkan nilai pemakanan produk tersebut. Cari jalan untuk menjadikan produk anda yang sihat lebih lazat, mudah untuk dimakan dan menarik di mata pengguna remaja.

Kaji semula amalan pasaran semasa

Apakah mesej yang disampaikan oleh anda untuk pengguna remaja? Sebagai contoh, adakah usaha pemasaran anda menampilkan imej tubuh yang tidak sihat seperti tubuh yang kurus adalah lebih cantik?

Remaja mudah terpengaruh, oleh itu olah mesej komunikasi anda dengan berhati-hati untuk memastikan mereka sentiasa mempromosikan kesihatan yang baik dan kesejahteraan yang menyeluruh.

Tiada produk atau khasiat pemakanan yang boleh meningkatkan keadaan atau menyembuhkan penyakit, oleh itu elakkan dari menyebarkan maklumat palsu atau mengelirukan. Hanya gunakan kenyataan yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sokongan yang berkesan

Sokongan terhadap produk terutama oleh individu yang terkenal, sentiasa berkesan di kalangan pengguna remaja. Kita lihat ramai selebriti menyampaikan mesej kepada para remaja supaya menjauhi dadah. Mengapa tidak menggunakan kaedah yang sama untuk mempromosikan pemakanan sihat?

Seorang selebriti yang merupakan ikon kepada gaya hidup yang sihat akan memberi kesan yang lebih mendalam kepada pengguna remaja, malah mungkin mengubah tanggapan mereka terhadap pemakanan sihat.

Menggalakkan prinsip pemakanan sihat

Kesihatan dan kesejahteraan yang baik memerlukan pendekatan yang sepenuhnya. Ini yang dicerminkan dalam Garis Panduan Pemakanan Malaysia yang diterbitkan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Makanan dan Pemakanan Negara, KKM dalam tahun 1999.

Jawatankuasa ini berusaha menyemai satu persefahaman yang tidak berat sebelah terhadap pemakanan sebagai satu tabiat pemakanan yang menyeluruh dan sihat melalui aktiviti-aktiviti promosi seperti perniagaan, media dan masyarakat.

Bantu pengguna remaja untuk memahami bagaimana produk anda sesuai dari segi pemakanan selain daripada membantu memenuhi keperluan khasiat pemakanan mereka.

Mendidik pengguna remaja membuat pilihan yang lebih sihat

Anda boleh memainkan peranan yang positif dalam meningkatkan diet pemakanan dan tabiat makan pengguna remaja dengan mengukuhkan usaha anda dalam mendidik mereka mengenai pemakanan dan kesihatan.

Sebagai pengeluar, anda sentiasa berhubung dengan trend sasaran pasaran anda. Mengapa anda tidak menggunakan prinsip yang sama untuk mengiklankan produk anda dengan menyampaikan mesej berpendidikan mengenai kesihatan dan pemakanan berkaitan remaja dengan lebih menarik?

Dengan membantu mereka untuk memahami jumlah keperluan khasiat pemakanan, nilai khasiat untuk makanan yang berbeza dan memahami label pemakanan pada produk, anda membantu mereka dalam memilih makanan yang lebih sihat.

Menyokong program pendidikan awam

Pertimbangkan untuk menyokong program pendidikan awam yang dianjurkan oleh badan kerajaan atau bukan kerajaan (NGO) sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial anda.

Anda juga boleh memulakan program pendidikan untuk remaja. Jika anda memutuskan untuk melakukan aktiviti sedemikian, adalah penting untuk anda mendapatkan pendapat dan panduan pakar-pakar yang berkelayakan dalam bidang tersebut.

Apa yang boleh dilakukan oleh pengusaha kedai makanan?

Menjaga persekitaran yang bersih dan sihat

Kedai makanan yang bersih dan selesa bukan sahaja lebih bermanfaat untuk pengguna remaja malah akan menarik mereka untuk datang kembali. Pastikan meja dibersihkan selepas pelanggan meninggalkan premis dan sebaik-baiknya, cuba elakkan pelanggan daripada merokok dalam lingkungan premis anda. Jadikanlah kebersihan satu amalan.

Menyediakan makanan secara sihat

Sediakan alternatif lebih sihat iaitu rendah kalori, lemak dan gula, serta berkhasiat tinggi. Pastikan anda menyediakan hidangan yang kurang berminyak, garam dan gula. Tingkatkan tekstur dan rasa serta pastikan hidangan yang disediakan lebih menyelerakan dengan menambah lebih sayur-sayuran, herba serta rempah semula jadi.

Saiz hidangan

Kedai-kedai makanan bersaing dengan agresif untuk memenangi hati pengguna dengan memberi lebih banyak untuk harga yang rendah. Dengan membayar lebih sedikit daripada harga asal, anda dapat menggandakan bahagian anda! Manipulasi terhadap sifat tamak manusia mungkin dapat menarik lebih ramai pelanggan ke kedai anda, namun ia bukanlah sesuatu yang bertanggungjawab.

Sediakan pilihan untuk saiz hidangan. Sebagai contoh, sediakan pilihan hidangan bersaiz kecil, sedang dan besar. Dengan cara ini, para pengguna remaja tidak akan terdorong untuk makan secara berlebihan atau membayar untuk saiz hidangan yang tidak mampu mereka habiskan.

Pendidikan

Kedai-kedai tertentu seperti restoran mamak, kedai kopi dan kedai makanan segera sangat popular di kalangan pengguna remaja. Kedai-kedai tersebut merupakan saluran yang berkesan untuk mendekati remaja dan mendidik mereka tentang pemakanan sihat.

Anda boleh mulakan dengan mempamerkan alternatif makanan yang sihat, kandungan kalori dan maklumat khasiat utama dalam menu makanan anda dan mempamerkan poster-poster yang mengandungi mesej pemakanan sihat di tempat-tempat yang mudah dilihat di sekitar premis anda.

Selain bertanggungjawab dalam menyediakan makanan yang selamat untuk pengguna remaja, anda juga bertanggungjawab untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh. Inilah merupakan nilai sebenar sesuatu produk dan perkhidmatan yang disediakan.

- Untuk maklumat lanjut berkenaan pemakanan dan amalan yang sihat, sila lawat www.nutriweb.org.my

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2008/01/pemakanan-sihat-untuk-remaja.html#ixzz2WJ7mYob0

PELAJAR DAN TEKANAN EMOSI

Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, dapatan kaji selidik menunjukkan bahawa 14.4 peratus remaja berusia 16 tahun hingga 19 tahun mengalami masalah kesihatan mental berbanding dengan golongan dewasa yang mencatatkan 11.2 peratus kes. Kajian itu juga menunjukkan bahawa secara keseluruhan, 11 peratus golongan muda berusia 16 tahun hingga 24 tahun pernah terfikir untuk membunuh diri.
Peratusan kes daripada hasil kajian tersebut yang secara relatifnya agak tinggi, sudah pasti membimbangkan kita semua. Hal ini perlu ditangani segera agar jumlah kes tidak terus meningkat hingga mengundang keadaan yang lebih serius berlaku. Oleh hal yang demikian, gejala masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja atau pelajar perlu ditangani dari awal. Tekanan emosi sekiranya tidak diuruskan pada peringkat awal, boleh menjadi parah dan seterusnya menular kepada masalah mental.
Memang tidak dinafikan bahawa zaman remaja ialah era peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa dan banyak perubahan dari segi perkembangan fizikal, kognitif serta emosi berlaku dalam tempoh ini. Tidak mustahil pada usia ini, remaja sering dikaitkan dengan jiwa yang cenderung untuk memberontak.
Apatah lagi, alam remaja merupakan tempoh yang mendedahkan mereka kepada banyak tekanan emosi. Tekanan ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh faktor pendidikan kerana menduduki beberapa peperiksaan penting sepanjang usia remaja. Selain itu, remaja juga “terperangkap” dengan harapan ibu bapa yang terlalu tinggi, masalah kurang perhatian keluarga dan tahap keyakinan diri yang menurun.
Kita sering melihat tekanan sebagai masalah orang dewasa, tetapi hakikatnya perkara ini turut berlaku pada kanak-kanak dan remaja, justeru bayi mengalami tekanan juga. Bayi menangis, mungkin kerana lapar atau kembung perut, merupakan isyarat bahawa mereka mengalami tekanan. Cuma punca dan tahap tekanan mereka berbeza daripada orang dewasa dan remaja.
Oleh hal yang demikian, bagi memastikan tekanan emosi tidak menjadi lebih serius dan mengganggu kehidupan, hal ini perlu ditangani dan diuruskan dengan mengenal pasti puncanya terlebih dahulu. Apabila puncanya diketahui, lebih mudah untuk seseorang itu menguruskan masalah tekanan emosinya.
___
Rencana ini dipetik daripada Dewan Siswa April 2012

Monday, 27 May 2013

Tempat Menarik di Pulau Pinang


PULAU PINANG




Ini ialah bendera PULAU PINANG.Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di sebelah pantai
barat laut Semenanjung Malaysia.Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka.Negeri ini juga merupakan sebuah petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia.Nama pulau ini diambil sempena nama sebatang pokok iaitu 'pokok pinang'.Pulau ini juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali sebagai Pulau Pinang.Pulau Pinang ini juga ialah salah satu antara 13 buah negeri-negeri di Malaysia.



Pulau Pinang juga terdapat pelbagai destinasi yang menarik untuk melancong.Contohnya seperti Bukit Bendera,Taman Negara,Komtar dan sebagainya.








Pasti anda tertanya-tanya,keretapi apakah ini? KL kah? Ataupun LRT? Haa....gambar ini ialah di Bukit Bendera yang terletak di Pulau Pinang.Bukit Bendera ini merupakan sebuah kawasan Parlimen di Pulau Pinang ini.Bukit Bendera ini berada pada ketinggian lebih kurang 830 meter di atas George Town dan mempunyai suhu yang sangat dingin.Bukan itu sahaja,ia juga mempunyai panorama yang mengasyikkan.Bukit ini juga digelar sebagai Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluaran buah strawberi seperti di Cameron Highlands,Pahang.Bentuk muka bumi dan suhunya yang dingin sesuai untuk penanaman buah strawberi ini.Bukit Bendera ini amat sesuai untuk dijadikan tempat pelancongan bagi seisi keluarga.






Ini pula ialah sebuah taman yang dinamakan Taman Negara.Ianya terletak di Teluk Bahang,Pulau Pinang.Tempat ini juga merupakan salah satu tumpuan pelancong kerana keindahan alamnya.Tempat ini juga sesuai untuk berekreasi bersama keluarga ataupun rakan-rakan.






Gambar di atas ini ialah di Batu Feringgi ataupun jika di dalam bahasa inggeris pula ialah Foreigner's Rock.Batu Feringgi ini adalah sebuah kawasan peranginan yang terkenal dengan hotel yang besar,kedai pelancongan yang banyak,tempat peranginan,restoran dan juga penyewaan kereta dan motosikal bagi sesiapa yang tiada kenderaan untuk melancong Pulau Pinang ini.Tempat ini terletak tidak jauh dari pusat bandaraya George Town.Batu Feringgi ini terletak di sepanjang jalan pesisiran barat laut bandaraya George Town dan dipenuhi dengan hotel yang bertarafkan antarabangsa.Terdapat juga pantai di Batu Feringgi ini dan pantai di sini merupakan pantai yang terkenal dan sentiasa dipenuhi oleh pelancong di Pulau Pinang ini.



Adakah anda semua fikir ini ialah menara Tabung Haji? Hahaha.. BUKAN ! Ini ialah Menara Komtar (Kompleks Tun Abdul Razak) yang terletak di George Town,Pulau Pinang.Menara ini merupakan menara yang tertinggi di Pulau Pinang,utara semenanjung dan ke-6 di MALAYSIA! Bangunan ini juga berbentuk seperti segi 12.Bangunan yang menempatkan ruang pejabat ini mempunyai ketinggian yang lebih kurang 232m atau 760 kaki.Bangunan ini mempunyai 65 tingkat kesemuanya.








Ini pula ialah di Padang Kota Lama.Ianya terletak di tepi pantai George Town,Pulau Pinang.Ia juga dikenali sebagai "The Esplanade".Tempat ini juga berdekatan dengan tepi pantai.Kita juga dapat menikmati pemandangan di tepi pantai sambil berjalan-jalan bersama keluarga atau rakan,atau juga bersama pasangan anda di tepi pantai tersebut.Pemandangannya sungguh menarik dan juga sesuai untuk dijadikan tempat pelancongan.







Gambar di atas ini pula ialah Rumah P. Ramlee atau nama sebenarnya ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh.Beliau merupakan seorang pelakon,penyanyi,pengarah,pemain muzik dan juga penulis lagu yang terkenal di Malaysia dan Singapura.Beliau dilahirkan pada 1947 dan meninggal pada 1973 di waktu umur beliau 44 tahun.Rumah P. Ramlee ini merupakan sebuah muzium yang terletak di Jalan P. Ramlee yang dahulunya dikenali sebagai Caunterhall Road.Rumah ini diperbuat daripada kayu bagi memperingati seniman tanahair yang terkenal iaitu P. Ramlee.Asal rumah ini dibina ialah pada tahun 1926 oleh ayahnya dan ayah saudaranya.Barangan yang dipamerkan di Rumah P. Ramlee ini ialah diari,kenangan peribadi yang berkaitan dengan kehidupannya di Pulau Pinang dan juga barangan kepunyaan keluarga beliau.

tips-tips belajar cemerlang


1. Kesedaran memikul tanggungjawab

Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

2. Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.

3. Mulakan dari awal
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

4. Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

5. Lengkapkan peralatan
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?

6. Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

7. Dapatkan bantuan guru
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

8. Hormati guru
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

9. Bersoal jawab dengan guru
Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

10. Beri pandangan membina
Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

11. Berbncang dengan rakan
Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

12. Siapkan tugasan yang diberi
Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

13. Tubuhkan kumpulan studi
Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yang akhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dan gigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.

14. Sering masuk perpustakaan
Pelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam. Perpustakaan adalah gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda mentelaah pelajaran.

15. Baca akhbar
Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya ini merujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossip atau artis.

16. Menonton rangcangan yang sesuai
Pelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti 'Discovery') dan berita semasa.

17. Lakukan peperiksaan kendiri
Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar. Melakukan peperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahu tentang 'penyakit' anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.

18. Sediakan jadual waktu
Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

19. Sertai ceramah motivasi
Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

20. Sertai seminar peperiksaan
Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan. Sertainya seminar-seminar yang dikendalikan oleh orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Selain daripada pengalaman, anda juga mungkin menerima pelbagai tips dan petua berguna.

21. Beli buku rujukan
Pelajar yang cemerlang membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

22. Masuk kelas tuisyen
Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.

23. Lawatan ke pameran buku
Pelajar yang cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan. Kalaupun anda tidak membeli, sekurang-kurangnya jiwa anda akan hampir pada buku dan ilmu. Jika anda selalu menziarah sumber ilmu, ilmu itu pula akan sering menziarahi anda. Kalau anda masuk ke kedai minyak wangi, keharumannya akan terlekat juga. Kalau anda masuk ke kandang najis.
(fikirlah sendiri)

24. Sertai kokurikulum sekolah
Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar. Otak yang berkarat akan melahirkan pemikiran yang lembab.

25. Sanggup manghadapi cabaran
Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuan kekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan yang maha hebat. Pandai-pandailah membawa diri.

26. Jaga keselamatan diri
Pelajar yang cemerlang menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

27. Jaga kesihatan fizikal
      Pelajar yang cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Makan makanan yang berzat. Kurangkan makanan ringan atau 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

28. Makanan seimbang
Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

29. Malu bertanya sesat jalan
Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

30. Sembahyang
Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

31. Doa
Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

32. Tawakkal
Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.
sumber http://www.adap.com.my/info.php?id=18


Pengecualian pembayaran balik PTPTN


BERIKUT MERUPAKAN SYRAT-SYARAT DAN KAEDAH PENGECUALIAN PEMBAYARAN BALIK PTPTN

Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman/Pembiayaan Bagi Peminjam Yang Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Kelas Pertama
  • Penerima biaya mendapat kepujian kelas pertama bagi Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya.
  • Syarat-syarat kelulusan serta dokumen sokongan bagi pengecualian bayaran balik seperti di Jadual 6.

Jadual 6: Syarat Dan Kaedah Kelulusan Pengecualian Bayaran Balik Pembiayaan Pendidikan PTPTN
Kelulusan Tajaan Pinjaman Pendidikan Sebelum 1 Julai 2005
Tamat Pengajian Sebelum Tahun 2010
Tamat Pengajian mulai 1 Januari 2010
Terbuka kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS peringkat Ijazah Sarjana Muda yang mendapat keputusan Kepujian Kelas Pertama (bagi pelajar IPTS - terhad kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus yang mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA).

Dokumen-dokumen yang perlu disertakan:

(i) Surat permohonan rasmi.

(ii) Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya.

(iii) Salinan transkrip akademik.

(iv) Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah).

(v) Salinan Sijil Perakuan Akreditasi oleh MQA diperlukan jika kelulusan pemohon adalah daripada IPTS.

Nota:

Semua salinan dokumen dan surat pengesahan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di Bahagian Akademik IPT berkenaan sahaja.
Pelajar-pelajar yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya sebelum 1 Januari 2010 berdasarkan kelulusan senat dan memenuhi syarat-syarat berikut:

(i) Mengikuti kursus secara sepenuh masa.

(ii) Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam dokumen perjanjian pembiayaan pendidikan PTPTN.

(iii) Pembiayaan pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.

(iv) Pelajar hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada PTPTN sebelum atau pada 30 Jun 2013

(v) Kursus yang diikuti oleh pelajar di IPTS telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.

Dokumen-dokumen yang perlu disertakan:

(i) Surat permohonan rasmi.

(ii) Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan.

(iii) Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan.

(iv) Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah).

(v) Akuan Pelajar yang telah lengkap diisi (boleh dimuat turun di portal rasmi PTPTN).

(vi) Bagi pelajar IPTS, salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.

Nota:

Semua salinan dokumen dan surat pengesahan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di Bahagian Akademik IPT berkenaan sahaja.
Pelajar-pelajar yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya bermula 1 Januari 2010 berdasarkan kelulusan senat dan memenuhi syarat-syarat berikut:

(i) Mengikuti kursus secara sepenuh masa.

(ii) Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam dokumen perjanjian pembiayaan pendidikan PTPTN.

(iii) Pembiayaan pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.

(iv) Pelajar hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada PTPTN dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.

(v) Kursus yang diikuti oleh pelajar di IPTS telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.

Dokumen-dokumen yang perlu disertakan:

(i) Surat permohonan rasmi.

(ii) Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan.

(iii) Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan.

(iv) Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah).

(v) Akuan Pelajar yang telah lengkap diisi (boleh dimuat turun di portal rasmi PTPTN).

(vi) Bagi pelajar IPTS, salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.

Nota:

Semua salinan dokumen dan surat pengesahan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di Bahagian Akademik IPT berkenaan sahaja.

Thursday, 16 May 2013

Analisis SWOT


Pengenalan Dasar Analisis SWOT


SWOT adalah singkatan yg diambil dari huruf depan kata Strength, Weakness, Opportunity dan Threat, yg dalam bahasa Indonesia mudahnya diartikan sbg Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman.

Metoda analisa SWOT bisa dianggap sbg metoda analisa yg paling dasar, yg berguna utk melihat suatu topik atau permasalahan dari 4 sisi yg berbeda. Hasil analisa biasanya adalah arahan/rekomendasi utk mempertahankan kekuatan dan menambah keuntungan dari peluang yg ada, sambil mengurangi kekurangan dan menghindari ancaman.

Jika digunakan dgn benar, analisa SWOT akan membantu kita utk melihat sisi-sisi yg terlupakan atau tidak terlihat selama ini.

Berikut ini adalah contoh sederhana analisa SWOT yg dibuat oleh seorang cowok SMA saat ingin mulai aktivitas 'pacaran'.






Berikut penjelasan tambahan dari hal-hal yg biasanya menjadi;
Kekuatan:
Knowledge atau kepakaran yg dimiliki
Produk baru atau pelayanan yg unik
Lokasi tempat perusahaan berada
Kualitas produk atau proses

Kelemahan:
Kurangnya pengetahuan marketing
Produk yg tidak dapat dibedakan dgn produk kompetitor
Lokasi perusahaan yg terpencil
Kualitas produk yg jelek
Reputasi yg buruk

Peluang:
Pasar yg berkembang
Penggabungan 2-3 perusahaan atau aliansi
Segmen pasar yg baru
Pasar internasional
Pasar yg luang karena kompetitor yg tidak sanggup memenuhi permintaan customer

Ancaman:
Kompetitor baru di area yg sama
Persaingan harga dgn kompetitor
Kompetitor mengeluarkan produk baru yg inovatif
Kompetitor memegang pangsa pasar terbesar
Diperkenalkannya pajak penjualan


Perhatian:

SWOT analysis bisa sangat-sangat subjective. Bisa saja terjadi 2 orang menganalisa 1 perusahaan yg sama menghasilkan SWOT yg berbeda. Dgn demikian, hasil analisa SWOT hanya boleh digunakan sbg arahan dan bukan pemecahan masalah.

Pembuat analisa harus sangat-sangat realistis dalam menjabarkan kekuatan dan kelemahan internal. Kelemahan yg disembunyikan atau kekuatan yg tidak terjabarkan akan membuat arahan strategi menjadi tidak bisa digunakan
Analisa harus didasarkan atas kondisi yg sedang terjadi dan bukan situasi yg seharusnya terjadi.


Hindari ”grey areas”. Utk memudahkan membedakan antara kekuatan dan kelemahan, selalu hubungkan situasi yg dihadapi dgn persaingan yg sedang berjalan. Apakah perusahaan Anda lebih baik dari kompetitor atau tidak?

Hindari kerumitan yg tidak perlu dan analisa yg berlebihan. Buatlah analisa SWOT sesingkat dan sesederhana mungkin.

Saturday, 20 April 2013

PERUBAHAN DALAM ORGANISASI

PERUBAHAN DALAM ORGANISASI
Zahidi Mohd. Daud

PENDAHULUAN
Perkembangan dunia telah memperlihatkan perubahan berlaku di mana- mana dan dalam pelbagai bentuk. Perubahan- perubahan ini meliputi bidang sains, teknologi, komunikasi, pengurusan dan sebagainya. Perubahan yang berlaku, secara langsung memberi kesan kepada tuntutan dalam peningkatan cara kerja khususnya dari aspek kualiti dan produktiviti. Di samping itu, perubahan yang berlaku juga menuntut kepada keperluan untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan sumber manusia iaitu dari segi pengetahuan, kemahiran serta sikap anggota organisasi keseluruhannya. Persoalan yang ingin ditimbulkan dalam artikel ini ialah mengapa perubahan kerja sering dianggap sebagai penghalang kepada kemajuan organisasi dan apakah ingatan kepada pihak pengurusan sebelum melaksanakan perubahan sesuatu kerja dalam organisasi masing-masing.
PERUBAHAN
Perubahan dalam ertikata lain bermaksud satu proses transformasi daripada pemikiran, kaedah atau pendekatan sediada kepada corak pemikiran, kaedah dan pendekatan baru. Dari sudut pengurusan kerja, ia dikaitkan dengan pelaksanaan sistem atau prosedur baru dalam kerja dengan tujuan untuk memperbaiki kelicinan kerja berbanding sistem kerja terdahulu. Perubahan itu tidak semestinya dilaksanakan apabila sesuatu pelaksanaan sistem sediada gagal dijalankan. Perubahan juga secara umum tidak semestinya akan diterima oleh semua pihak walaupun secara rasional setiap perubahan akan memperbaiki kelemahan. Yang pasti, seseorang akan berfikir wajarkah perubahan di terima atau ditolak.
Aspek lain mengenai perubahan ialah wujudnya unsur ketidakpastian kerana pembaharuan yang dilaksanakan belum pasti menunjukkan kejayaan. Selagi proses perubahan belum berlaku seseorang akan merasa bimbang perubahan itu akan menjejaskan kerjayanya. Umpamanya, seseorang yang di beri tanggungjawab untuk menerajui satu projek baru menganggap ia satu risiko yang amat tinggi yang akan menjejaskan reputasinya sekiranya dia gagal. Senario ini memang sukar di terima sekiranya dilihat dari sudut negatif.
Setiap perubahan yang dilaksanakan juga tidak semestinya memperlihatkan kesannya dalam masa yang singkat. Kita juga tidak dapat menetapkan satu tempoh tertentu bagi menentukan sesuatu perubahan yang dilaksanakan itu berjaya atau gagal. Pembaharuan yang dilaksanakan mungkin merupakan satu percubaan awal bagi menangani sesuatu masalah. Kemudian ia disusuli dengan pelbagai langkah pembaikan yang diwujudkan dari semasa ke semasa sehingga dapat memperbaiki kesemua kelemahan yang wujud.
KONFLIK PERUBAHAN
Ada kalanya wujud kecenderungan dimana bila .berlaku perubahan maka akan berlaku konflik. Ahli psikologi berpendapat bahawa konflik berpunca daripada persaingan antara kecenderungan kelakuan yang berbeza. (Lewin, 1967). Umpamanya, seseorang yang berhadapan dengan dua atau lebih pilihan perlu membuat keputusan untuk memilih salah satu daripadanya. Perubahan kerja ada kalanya tidak diterima secara positif oleh pekerja kerana dua faktor utama iaitu pertama, pendekatan perubahan tidak dirancang dengan baik dan kedua, pekerja-pekerja belum dapat memahami secara jelas perubahan yang cuba dilaksanakan oleh pihak pengurusan. Di antara konflik organisasi yang berlaku adalah seperti berikut:
i. Perubahan ada kalanya melibatkan penyusunan semula organisasi yang mana akan merombak fungsi dan bidang tugas sesuatu jabatan yang akan memberi kesan kepada kedudukan, kuasa dan beban tugas.
ii. Perubahan menimbulkan kedudukan yang tidak pasti. Seseorang bimbang perubahan kerja akan menjejaskan diri dan kerjaya kerana takut gagal.
iii. Perubahan yang melibatkan suatu peruntukan perbelanjaan yang amat besar yang mana hasilnya belum pasti setimpal dengan kos perubahan.
iv. Pengaruh kumpulan-kumpulan tertentu yang boleh mendominasi dan mempengaruhi keputusan pekerja-pekerja lain untuk menolak perubahan baik yang dicadang oleh pihak pengurusan
v. Pegangan yang kuat kepada pemikiran lama yang mana apa-apa perubahan yang cuba dilaksanakan tidak boleh mengubah pendirian mereka.
MENILAI PERUBAHAN
Setiap individu mempunyai tanggapan berbeza mengenai perubahan kerja samada secara umum menolak atau menerima sesuatu perubahan. Dari sudut psikologi, penerimaan seseorang kepada sesuatu perkara adalah berasaskan kepada faktor sikap. Sikap secara umumnya dipengaruhi oleh kepercayaan, pegangan, nilai serta amalan seseorang yang mana fikiran seseorang berada dalam bersedia untuk melakukan tindakan (Philip Zimbardo: 1987). Dalam beberapa keadaan, sikap seseorang boleh juga dipengaruhi oleh pihak lainyang menyebabkan perlakuannya tidak mengikut tabiat dan tingkah laku sebenar (Carl Hovland: 1978).
Ahli-ahli psikologi lain pula mendakwa cara hidup yang diamalkan seseorang itu secara umumnya menunjukkan sikap seseorang dan ia digambarkan melalui tindakan secara sedar atau tidak sedar yang didorong kuat oleh pemikiran sendiri.(Elwood N. Chapman: 1992). Pandangan ini merumuskan andaian jika seseorang mahu menerima perubahan kerja berdasarkan pemikiran yang positif, maka ia boleh mencapai matlamat yang diingini. Sebaliknya, sekiranya pemikiran seseorang tertumpu kepada sudut yang negatif dalam kehidupan, maka ia akan menghadapi kesukaran untuk memenuhi matlamatnya.
Vincent Lowe (1988) juga berpandangan wujudnya perkaitan yang kuat antara tiga unsur iaitu kepercayaan, perasaan dan tindakan. Jika terdapat perselisihan di antara ketiga-tiga aspek ini, "ketidaksehaluan" akan berlaku. Oleh kerana setiap individu berusaha untuk memahami perubahan secara mendalam dan akhirnya akan diselesaikan oleh salah satu daripada kaedah-kaedah yang berbeza termasuk untuk mengubah tingkah laku. Teori ini menyatakan bahawa perubahan sikap perlu berlaku sebelum merubah tingkah laku.
Beberapa aspek dalam teori motivasi juga boleh membantu pihak pengurusan mengendali sumber manusia masing-masing dalam usaha melaksanakan perubahan. Motivasia dalah kuasa yang boleh mempengaruhi manusia melakukan sesuatu tindakan yang merumuskan 'people motivated to satisfy need'. Apabila keperluan manusia tidak dipenuhi maka ia akan kecewa. Seterusnya kekecewaan akan menjadi halangan kepada kehendak seseorang. Dalam kontek ini, sekiranya keperluan asas, sosial dan keselamatan pekerja dipenuhi, secara tidak langsung pekerja-pekerja akan menyebelahi pihak pengurusan.
PENGAJARAN
Dalam usaha melaksanakan perubahan, pihak pengurusan perlu mengambil pendekatan yang terbaik bagi membentuk pendirian pekerja supaya sentiasa menilai perubahan dari sudut yang positif. Antara perkara-perkara asas yang perlu diambilkira oleh pihak pengurusan sebelum melaksanakan sebarang perubahan ialah:
i.                    Penjelasan Yang Terperinci
 Perubahan yang berlaku seringkali melibatkan satu rombakan yang besar yang mungkin mengubah cara seseorang bekerja. Oleh yang demikian, pihak pengurusan perlu menjelaskan sebanyak mungkin pengetahuan dan maklumat kepada pekerja. Ini termasuk dasar, strategi dan program-program organisasi yang hendak diperkenalkan serta perancangan masa hadapan organisasi.
ii.                   Membolehkan Pekerja Benar-Benar Memahami
Pihak pengurusan perlu memaklumkan kepada pekerja apakah faktor-faktor yang menyebabkan perubahan yang lazimnya berlaku bila timbul sesuatu masalah. Pekerja perlu disedarkan bahawa setiap masalah perlu diselesaikan dan jika ia berterusan, mungkin akan menimbulkan masalah sampingan. Pihak pengurusan perlu menanamkan konsep pada diri pekerja bahawa perubahan boleh membantu menyelesaikan masalah.
iii.                 Menghadapi Kumpulan Pendesak
Pihak pengurusan perlu meluangkan lebih masa untuk menerangkan perubahan yang hendak dilaksanakan dan dengan jelas memaklumkan setiap tindakan pastinya ada kelebihan dan kekurangan tertentu. Dapatkan maklumbalas kumpulan ini melalui perundingan yang baik dan buat keputusan bagi kepentingan semua pihak dan bukannya untuk kumpulan tertentu sahaja.
iv.                Sokongan Yang Berterusan
Pihak pengurusan mesti memastikan ia benar- benar komited untuk melaksanakan dasar baru. Sekiranya perubahan melibatkan sesuatu kemahiran tertentu yang dipelajari, pastikan peluang latihan dan pembangunan yang banyak di sediakan seiring dengan dasar pengurusan. Segala kelemahan yang timbul wajar dikenal pasti dan dilaksanakan penambahbaikan dari semasa ke semasa.
KESIMPULAN
Walaupun pihak pengurusan atasan mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan sebarang keputusan yang berkaitan dengan perjalanan organisasi, ia juga wajar membuat keputusan yang mengarnbilkira kepentingan dan keperluan pekerja. Perubahan boleh dilaksanakan dengan mendapatkan pandangan awal serta penyertaan secara langsung daripada kumpulan pekerja. Maklumbalas di peringkat awal amat penting dan perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada asas perancangan sesebuah organisasi apabila membuat perubahan disamping dijadikan kayu ukur kepada tindakan-tindakan yang akan dilaksanakan

Petikan daripada Qalam Intura : Penerbitan INTAN Wilayah Utara, April 2003

Monday, 15 April 2013

BOLEHKAH berCOUPEL??

Haha, nak bercouple? Boleh atau tidak?

Bercinta tidak semestinya bercouple,
         bercouple tidak semestinya bercinta,
maka !! peliharalah cinta dengan syariat.


Mencari bakal suami yang molek pekerti, molek rupa, molek agamanya, molek akhlak nya.. : )



Amalan Baik

CARA-CARA BERPAKAIN MENURUT ISLAM


BERKONGSI AMALAN - AMALAN BAIK DARI MFR STUDIO


Sunnah

Cara Tidur Rasul

Antara amalan-amalan yang baik dan wajar dilakukan sebelum tidur.


Saturday, 13 April 2013

Perniagaan

video berikut merupakan bual bicara di tv1dalam segmen Biz Malaysia bersama Dr. MOHD. HIZAM BIN HANAFIAH, pensyarah ukm.
Bual bicara adalah berkaitan dengan Francais di Malaysia.

Perniagaan Francais di Malaysia -Biz Malaysia (TV1) - 10 Oktober 2012 - YouTube


Saturday, 30 March 2013

Kata- Kata Hikmah

Himpunan Kata - Kata Hikmah





Sebagai insan di dunia ini, kita perlulah sentiasa bemuhasabah diri. Sentiasa memperbaiki diri demi klabaikan diri dan orang lain. dalam meningkatkan motivasi diri juga, kita perlulah ada sesuatu yang boleh memotivasikan diri seperti kata -kata semangat.

Wednesday, 20 March 2013

PROGRAM PERTA PONGGAL KUO 2013

Pesta Ponggal KUO 2013,


Pesta ini telah diadakan bagi menyambut perayaan kaum india. Program ini telah dianjurkan oleh Sekritariat Integrasi Perpaduan Kaum, Kolej Ungku Omar. program ini di adakan sel;ama sehari iaitu pada hari sabtu, 16 Mac 2013. program ini mendapat sambutan yang baik terutama kepada pelajar yang ingin mengetahui perayaan-perayaan yang di rayakan oleh kaum lain di Malaysia ini.

Program pesta ponggal ini di adakan adalah sebagai salah satu porogram untuk mendapatkan kontrak pembelajaran di UKM ini. terdapat pelbagai nilai yang diperolehi dari program ini. Antara nilai yang kami perolehi ialah, kerja berpasukan, kemahiran komunikasi, kepimpinan, dan pel bagai lagi.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah, pertandingan masak ponggal, membuat kolam, pertandingan peragaan sari, ratu sari, persembahan kebudayaan india, dan pertandingan  explores. semua aktiviti telah dilibatkan oleh pelbagai kaum.

akhir kata, program ini telah memberi seedikit sebanyak pengetahuan kepada pelajar tentang peyayaan pesta ponggal yang disambut oleh masyarakat india.









Wednesday, 13 March 2013






Aku telah mempelajari teknik-teknik menggunakan microsoft word. Wah sungguh teruja aku. Rupanya bnyak yang aku x tahu. Aku telah mebuat resume, dan belajar menaip surat. Satu perkara yang aku belajar tentang menaip surat ini ialah aku hanya menaip sekali isi surat permohonan kerja dan boleh hantar kepada 2 atau 5 atau berapa banyak penerima(syrikat untuk memohon pekerjaan). Memang mudah. tak perlu nak edit bnyak kali hanya untuk menetapkan alamat dan penerima yang berlainan padahal, isi surat yang ditulis sama saja. kat bawah ni contoh resume dan surat permohonan jawatan yang telah aku buat.

 TAKS 3 > RESUME

TASK 3 > MAIL